Janakuasa Van De Graaf adalah alat untuk menghasilkan beza keupayaan elektrostatik sehingga ke 50,000 V. Ianya telah dicipta oleh ahli sains Amerika bernama Robert Van De Graaf sekitar tahun 1930.
Satu motor, tali sawat getah sentiasa bergerak ke atas di antara dua takal. Bila ianya dihidupkan, geseran dengan takal logam memindahkan elektron daripada tali sawat kepada takal. Selepas berberapa ketika cas-cas positif mula terkumpul pada tali sawat getah itu. Apabila tali sawat mendekati hujung tajam C2, cas-cas positif pada tali sawat mengaruhkan cas-cas negatif pada hujung tajam itu dan meninggalkan cas-cas positif pada kubah logam itu. Pengumpulan cas - cas negatif yang banyak pada hujung tajam C2 menghasilkan medan elektrik yang kuat. Medan elektrik yang kuat menyebabkan berlakunya kesan tindakan hujung tajam, di mana molekul - molekul udara di sekeliling hujung tajam C2 itu diionkan. Ion-ion positif akan menuteralkan cas-cas negatif pada hujung tajam, sementara ion-ion negatif menuteralkan cas-cas positif pada tali sawat getah dan takal tersebut.
Geseran tali sawat getah dengan takal perspeks seterusnya menyebabkan takal itu bercas positif dan tali sawat bercas negatif. Cas-cas negatif bergerak turun bersama-sama tali sawat itu. Apabila cas - cas negatif itu menghampiri hujung tajam C1, ia mengaruhkan cas-cas positif pada hujung tajam itu. Cas-cas positif yang berkumpul pada hujung tajam C1 menghasilkan medan elektrik yang kuat dan menyebabkan berlakunya kesan tindakan hujung tajam. Molekul-molekul udara di sekeliling hujung tajam C1 terion. Ion-ion positif menuteralkan cas-cas negatif pada tali sawat getah, sementara ion-ion negatif menuteralkan cas - cas positif pada hujung tajam C1.Jika proses ini berlaku terus menerus, cas-cas positif akan terkumpul dengan banyaknya pada sfera logam itu. Satu beza keupayaan yang tinggi akan dihasilkan dan bunga api boleh dihasilkan apabila molekul-molekul udara disekeliling kubah itu diionkan dan discas berlaku.
Soalan untuk difikirkan:
Medan Elektrik Cas Elektrik Beza Keupayaan
atau
Carian tambahan