Pengetahuan tentang medan elektrik dan beza keupayaan telah kepada membolehkan ahli-ahli sains menerangkan lebih mendalam lagi tentang beberapa fenomena berkaitan dengan elektrik statik dan arus elektrik.

        Cas-cas hanya boleh dipindahkan daripada satu titik kepada satu titik yang lain jika wujud  beza keupayaan di antara dua titik tersebut. dalam hal ini, Cas-cas akan mengalir daripada kawasan yang mempunyai keupayaan elektrik yang lebih tinggi kepada kawasan yang mempunyai keupayaan elektrik yang lebih rendah.

        Dalam rajah di bawah, A dan B adalah dua titik dalam medan elektrik yang seragam. Keupayaan elektrik di A, VA adalah lebih tinggi daripada keupayaan elektrik di B, VB. Oleh itu cas akan bergerak dari A ke B.



           Beza keupayaan di antara dua titik A dan B, ditulis sebagai, V.

Di mana,  V = VA- VB .

dinyatakan dalam unit Volt.

        Ahli-ahli fizik seterusnya merumuskan bahawa beza keupayaan, V, itu adalah senilai dengan tenaga elektrik, U, perunit cas. Maka boleh ditulis,

V =   U/q  =  VA - VB =  Joule/Coulomb
                      --------
                         q

Ini bermakna Volt = Joule/Coulomb.


      Laman-laman lain.
Potential difference                  Peranan bateri dalam litar elektrik
 

Carikan jawapan
Persoalan


Ke mana selepas ini?

           Medan Elektrik                    Cas Elektrik

atau

Carian tambahan

Pilihan-pilihan