Aruhan Cas Apabila jasad bercas dibawa dekat kepada sesuatu bahan yang nuteral, aruhan cas berlaku. Melalui proses aruhan, cas-cas negatif dan cas-cas positif pada sesuatu jasad akan terasing kepada dua kawasan yang berbeza. Proses aruhan berlaku kerana cas-cas positif pada objek bercas akan menarik cas-cas negatif pada objek yang nuteral, sementara cas-cas negatif pada objek bercas pula akan menolak cas-cas negatif pada objek yang nuteral. Proses aruhan membolehkan jasad-jasad bercas menarik jasad-jasad yang nuteral.
Animasi-aninasi berikut menggambarkan beberapa contoh proses aruhan.
Animasi-animasi menggunakan elektroskop yang berikut akan menerangkan pula proses aruhan dalam konduktor logam.
Soalan untuk difikirkan
Amber (sejenis damar) merupakan antara yang mula-mula menyedarkan ahli-ahli sains tentang fenomena elektrostatik. Amber dalam rajah di atas pada mulanya adalah nuteral. Sesuatu telah dilakukan ke atas amber itu sehingga ia mampu menarik cebisan-cebisan kertas itu. Apakah yang mungkin telah dilakukan ke atas amber itu, dan apakah proses-proses elektrostatik yang terlibat dalam kejadian di atas?
atau
Carian tambahan