Sesuatu cas atau sekumpulan cas-cas akan mewujudkan medan elektrik di sekeliling mereka. Objek-objek yang bercas akan mengalami suatu daya elektrik apabila berada di dalam sesuatu medan elektrik. Daya elektrik yang dialami oleh objek bercas tersebut timbul akibat daripada saling tindak antara medan elektrik yang wujud di kawasan tersebut dengan medan elektrik yang dimiliki oleh objek bercas itu sendiri. Oleh itu bolehlah dirumuskan bahawa medan elektrik adalah suatu kawasan di mana wujudnya daya yang bertindak ke atas objek-objek yang bercas.

Analogi medan elektrik adalah seperti medan graviti, di mana sesuatu jasad yang berada di dalam medan graviti akan mengalami daya tarikan graviti ke atasnya.

Seperti juga daya graviti, daya elektrik bertindak dalam suatu julat tertentu bergantung kepada keamatan medan elektrik. Keamatan medan elektrik, E, dinyatakan sebagai daya elektrik, F, perunit cas.


               E = F
                    q
 

Ini bermakna unit bagi keamatan medan elektrik ialah NC-1. Magnitud keamatan medan elektrik, seperti juga medan graviti adalah berkadar songsang dengan jarak kuasa dua, r2, daripada sumber cas.
Medan elektrik adalah kuantiti vektor dan arahnya ditentukan oleh arah daya elektrik yang dialami oleh sesuatu cas ujian yang diletakkan di dalam kawasan medan elektrik itu. Biasanya suatu cas ujian bercas positif digunakan untuk memetakan medan elektrik.

Medan elektrik digambarkan oleh urat daya medan elektrik atau disebut juga fluks elektrik. Bagi cas positif, arah urat daya medan elektrik adalah mengarah keluar daripada cas tersebut, sementara bagi cas negatif pula,arah urat daya menghala ke dalam. Bagi sepasang cas atau sekumpulan cas-cas pola medan elektrik yang terbentuk adalah bergantung kepada jenis cas yang terlibat dan juga bergantung kepada taburan cas-cas di kawasan tersebut.

Garis urat daya medan elektrik tidak bersilang satu sama lain. Ia bermula daripada satu cas positif dan tamat pada satu cas negatif. Ketumpatan garis-garis medan elektrik menentukan keamatan medan elektrik. Ketumpatan garis-garis urat daya yang besar menunjukkan keamatan medan elektrik yang tinggi, sementara ketumpatan garis-garis urat daya yang kecil menggambarkan keamatan medan elektrik yang rendah.

Salah satu ciri unik bagi sesuatu konduktor logam ialah cirinya yang berkaitan dengan taburan cas-cas. Cas-cas pada sesuatu konduktor tertabur hanya di permukaan konduktor logam tersebut. Ini menyebabkan bagi sesuatu konduktor logam bercas, medan elektrik hanya wujud di bahagian luar logam sementara medan elektrik di bahagian dalam adalah sifar.

Satu lagi cirinya yang lain ialah penumpuan cas-cas pada hujung tajam konduktor logam tersebut. Ketumpatan cas yang tinggi di hujung tajam menghasilkan keamatan medan elektrik yang tinggi di kawasan tersebut. Pengionan molekul-molekul udara boleh berlaku, dimana ion-ion yang terbentuk menutralkan cas-cas pada hujung tajam konduktor tersebut. Fenomena yang berlaku pada hujung tajam ini digunakan dalam alat-alat seperti janakuasa konduktor kilat dan janakuasa Van De Graaf.
Medan elektrik berkait rapat dengan beza keupayaan. Pengetahuan tentang medan elektrik dan beza keupayaan membolehkan manusia menerangkan mekanisma pergerakan cas-cas, pembentukan bunga api dan beberapa fenomena alam seperti proses kejadian kilat.

 

Seterusnya anda boleh mendalami lagi kajian anda
tentang medan elektrik melalui
laman-laman yang berikut


Tajuk Laman
Penerangan ringkas
Electric Field
Applet
Pemetaan medan elektrik
Charges and 
Fields
Pemetaan medan elektrik
Electric Field
Pemetaan medan elektrik bagi sepasang cas. Nilai cas boleh dimanipulasikan.
Electric Field
Pemetaan medan elektrik bagi sepasang cas. Nilai cas boleh dimanipulasikan.
Superposition Of 
The Electric
      Potential For 
Two Positive
   Charges
Gambaran tiga dimensi superposisi medan elektrik dua unit cas
   EQUIPOTENTIAL
CURVES
       AND LINES
OF FORCE
Eksperimen pemetaan medan elektrik
Mapping 
electric field
Applet pemetaan medan elektrik


Ke mana selepas ini?

                                                                        Ke Cas Elektrik
                                                                            Ke Beza Keupayaan
 
 


atau

Carian tambahan

Pilihan-pilihan