Pengetahuan tentang medan elektrik dan beza keupayaan adalah perlu kepada membolehkan ahli-ahli sains menerangkan beberapa fenomena berkaitan dengan elektrik statik dan arus elektrik. Cas-cas tidak boleh dipindahkan di antara dua titik tanpa beza keupayaan di antara dua titik tersebut. Cas-cas akan mengalir daripada kawasan berkeupayaan lebih tinggi kepada kawasan berkeupayaan lebih rendah. A dan B adalah dua titik dalam medan elektrik yang seragam. Keupayaan elektrik di A, VA adalah lebih tinggi daripada keupayaan elektrik di B, VB. Oleh itu cas akan bergerak dari A ke B.

Beza keupayaan yang lebih besar membolehkan lebih banyak cas dipindahkan perunit masa. Perkara ini menjelaskan mengapa arus litar elektrik bertambah apabila beza keupayaan dalam litar bertambah.

Analogi beza keupayaan dengan pengaliran arus adalah seperti pengaliran air daripada satu tempat tinggi ke tempat yang rendah.

Beza keupayaan di antara dua titik A dan B, ditulis sebagai,

V = VA - VBdalam unit Volt.
Ahli-ahli fizik seterusnya merumuskan bahawa beza keupayaan, V, itu adalah senilai dengan tenaga elektrik, U, perunit cas. Maka boleh ditulis,

V =   U/q  =  VA - VB = ------------- Joule/Coulomb
 

Ini bermakna Volt = Joule/Coulomb.
 
 

        Seterusnya anda boleh mendalami lagi kajian anda
     tentang bezaupaya melalui laman-laman
   yang berikut.


Item
Penerangan
Potential difference
 Beberapa konsep dan tafsiran  tentang beza keupayaan.
Peranan bateri dalam litar elektrik
Kegunaan bateri untuk mewujudkan beza keupayaan dalam litar supaya pengaliran
arus boleh berlaku.

 


Ke mana selepas ini?

                                                                                  Ke Medan Elektrik
                                                                                       Ke Cas Elektrik
 
 

atau

Carian tambahan

   Pilihan-pilihan