Pembentukan Kilat
 

Cas-cas terkumpul di dalam awan-awan yang mengandungi kandungan kelembapan yang tinggi ketika mereka bergerak di dalam udara. Adalah dipercayai bahawa gerakan-gerakan itu mengakibatkan cas-cas statik terbina pada permukaan titisan air. Titisan yang besar menjadi bercas positif dan titisan yang kecil menjadi bercas negatif. Kedua-dua jenis cas boleh berada pada awan yang sama.
       Apabila ketumpatan cas-cas pada awan-awan bertambah, beza keupayaan antara awan-awan dan awan dengan bumi juga bertambah. Pada suatu nilai beza keupayaan tertentu, discas berlaku di mana cas-cas negatif akan melompat antara awan-awan atau antara awan dengan bumi.
Cas-cas tersebut kemudiannya melanggar molekul-molekul udara dan tenaga haba terhasil dalam pelanggaran tersebut. Tenaga haba yang banyak seterusnya menghasilkan bunga api iaitu cahaya putih yang dapat kita lihat. Kilat sebenarnya merupakan bunga api yang besar.

        Kebanyakan discas dan panahan kilat berlaku di antara awan dengan awan. Discas juga boleh berlaku di antara awan dengan bumi. Apa pun lintasan yang di ambil, ianya ditentukan oleh kandungan cas-cas positif dan cas-cas negatif. Arus kilat mengalir daripada negatif kepada positif. Jika awan adalah negatif dan objek di bumi positif, discas kilat akan bergerak daripada awan ke bumi. Jika awan adalah positif dan objek di bumi adalah negatif, discas adalah daripada bumi ke awan.


Ke mana selepas ini?

Medan Elektrik           Cas Elektrik          Beza Keupayaan

atau

Carian tambahan

Pilihan-pilihan