Elektron Bebas

Dalam bahan logam, elektron - elektron pada orbit terluar tidak tinggal tetap pada sesuatu atom tetapi bebas bergerak di antara atom - atom yang lain dan tidak terikat kepada mana - mana atom. Oleh kerana elektron-elektron bebas sentiasa meninggalkan atom - atomnya yang asal, atom-atom yang asal tersebut sentiasa mengalami kekurangan elektron. Keadaan ini menyebabkan atom - atom asal tersebut menjadi ion positif yang tinggal tetap dan tidak bebas bergerak. Ini bermakna dalam sesuatu konduktor logam hanya elektron - elektron bebas menjadi sahaja yang menjadi pembawa-pembawa cas, oleh kerana ion-ion positif tidak bebas bergerak. Oleh itu sesuatu konduktor logam boleh ditafsirkan sebagai satu susunan ion - ion positif yang tetap tidak bebas bergerak bersama - sama dengan elektron-elektron bebas.

Sila klik animasi dalam rajah di bawah untuk melihat apa yang berlaku kepada elektron - elektron bebas dalam sesuatu konduktor logam.


Apabila elektron bebas tersebut berpindah ke jasad yang lain, logam
yang tinggal akan mengalami kekurangan elektron dan menjadi bercas
positif. Sebaliknya jika terdapat elektron lain di pindahkan kepada logam
tersebut, bilangan elektron akan bertambah dan logam sekarang bercas
negatif.
 

Dalam penebat boleh dikatakan tiada langsung elektron - elektron bebas.
Kesemua elektron terikat kepada atom - atom dan tidak bebas bergerak.
Oleh itu penebat tidak mempunyai pembawa - pembawa cas dan tidak
boleh mengkonduksikan arus elektrik.


                                                                        Ke mana selepas ini?

      Medan Elektrik           Cas Elektrik          Beza Keupayaan

atau

Carian tambahan

Pilihan-pilihan